Assalamualaikum laman sosial blogging..dah agak lame saya tidak mengemaskini blog, mungkin agak sibuk dengan jadual harian. Namun saya teringat kata-kata dari pakar motivasi - jika anda sibuk bererti anda tidak pandai menguruskan masa..Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk menguruskan masanya dengan sebaik mungkin, ilhamkanlah padaku jalan kehidupan yang boleh memberi manfaat kepadaku, keluargaku, orang sekelilingku, semoga kehidupan kami hanyalah untuk menggapai keredhaan Mu Ya Allah.
Kali ni sedikit perkongsian dari sudut penjagaan anak. Anak saya dh berumur 1 tahun 8 bulan. dh hampir untuk potty training. sekarang dh pandai cakap sikit sikit. Oleh itu, ilmu tentang potty training perlulah dicari dan difahami, lepas ni nak laksanakan pulak. Allahumma yassir wala tu'assir..Ya Karimm Ya Rahman.. Info ni saya ambil dari Pa and Ma..Harap dapat memberi manfaat kepada yg membaca..
Kaedah Berkesan ‘Cerai Lampin’ - Bayi - Pa Ma
Thursday, 7 June 2012
Friday, 3 February 2012
Hikmah Disyariatkan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam hari Jumaat penuh barakah untuk semua amnya dan seluruh muslimin dan muslimat khususnya. ketika ni khutbah Jumaat sedang berkumandang dan sebentar lg solat Jumaat pula dilangsungkan. terdetik di hati bagaimanakah jawapan untuk kenapa kita harus solat secara berjemaah walaupun bukan pada waktu solat Jumaat. Saya tak nafikan semasa kecil kita diberitahu berulang kali oleh ibu ayah kita tentang kewajipan solat. pada masa itu saya hanya mampu menuruti ape yang ibu ayah suruh, buat jelah. namun bila meningkat dewasa, terdetik di hati untuk mencari jawapan di sebalik suruhan yg Allah tetapkan untuk setiap hambaNya ni. Bila tengah surf internet terjumpa artikel yg menarik ni tentang kelebihan solat berjemaah mengikut teori fizik. Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah
yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2
cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat
kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita
solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains
mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali
cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh
itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua
cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu
agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala
itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya
Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama
Islam.
Source : www.mohdramli.com
Source : solihinzubir.com
Monday, 30 January 2012
Muslims Contribution in Science and Technology
This article is about Muslim’s contribution in science
and technology with critical analysis on present and future directions. The
author has divided the analysis into 3 main parts which are lead by the period
which Muslim Civilization was leading the world, the Golden Era, then proceed
with the discussion about the present scenario of the human civilization and
comparison of the western and Muslim civilization are attempted. The third part
is to give some projections of future direction in human civilization and
provide some suggestions should Muslims would want to retake the leading role
in civilization. In the Golden Era, the author talked about Muslims scholars’
achievement in science and technology field such as in chemistry, physics and
biology. Muslims scholars were the first to introduce and adopt experimental
work into scientific studies whereas Aristotle and other Greek scientist at
that time apply Greek method of acquiring scientific knowledge which are
generalized, hypothesized and theorized.
Muslims scholars have achieved to a great level of advancement in experimental works and its apparatus. When the Golden Era decline and replace with western civilization, western civilization still acquires knowledge which is developed during Golden Era in order to continue in expanding the knowledge. However, there is a big different between Muslims civilization and western civilization where western civilization is developed outside the religious frame, while Islam make the Qur’an and ahadith were the main sources of inspiration and moving factor for the Muslims civilization. The critical analysis brought by the author in this article is whether Muslims civilization able to replace current western civilization by considering current worldwide issues? The author has accumulated the factors seemed to contribute to the flourish of the early Muslim civilization which are there must be tolerance in the Muslim community, political stability, support from the ruler, discipline and devotion and other small factors. In this article, the author seems not too much stressed on critically analyzed what Muslims should do to gain back Muslim civilization.
If I were to rewrite this article, I will stress more on the strategies to replace current western civilization with critical discussion. People already know about our Golden Era and Muslims scholars’ achievement and contribution in expanding the knowledge. Now we need critical analysis on how to gain back the civilization to us.

Subscribe to:
Posts (Atom)